Rezeki penjual donut...
JAKARTA - Kehidupan seorang penjual donut dan tauhu berubah sekelip mata setelah dibantu oleh seorang gadis dengan menyediakan rumah lebih selesa.
Eisya Sandria, menceritakan kisah lelaki warga emas bernama Anang yang sebelum ini tinggal di sebuah rumah uzur memerlukan bantuan orang ramai.
Menurutnya, warga emas tersebut memperoleh keuntungan jualan donut kira-kira RM1 hingga RM2.50 sehari.
Simpati dengan apa yang dilihatnya, Eisya Sandria melancarkan dana khas bagi membantu Anang di laman Twitter miliknya.
Katanya, sejumlah 70juta Rupiah (RM19,713) berjaya dikumpul bagi membaik pulih rumah Anang.
Hasil sumbangan itu, warga emas kini mendiami rumah yang lebih selesa dan duit lebihan tersebut dikatakan disimpan untuk menunaikan umrah.
"Alhamdulillah hari ini, Pakcik Anang sudah memiliki tempat tidur lebih selesa. Baki wang itu akan digunakan sebaiknya.
"Pakcik juga ingin tunaikan umrah. Ini hasil derma daripada anda membantu kehidupan saya menjadi lebih baik." ciapnya tular di laman sosial.
Menurutnya, berkongsi rezeki dan menderma nyata mampu membahagiakan sesiapa sahaja.
"Kebahagiaan yang tidak pudar kerana perbuatan mulia ini akan dibalas oleh ALLAH di akhirat." katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!