Doktor maut Covid-19, tak sempat langsung perkahwinan
JAKARTA - Seorang doktor terkorban setelah dijangkiti wabak koronavirus (Covid-19) di Rumah Sakit Polri Kramat Jati di sini.
Lapor Detik News, Michael Robert Marampe berasal dari Sulawesi Utara meninggal dunia jam 10 malam.
Perkongsian berita sedih itu dimuat naik di akaun Twitter @firmandamopoli.
Pada hantaran sama, Michael terpaksa menunda majlis perkahwinan kerana bertugas menangani wabak Covid-19 tetapi kini menjadi pilu kerana dia tidak dapat lagi meneruskan majlis yang sepatutnya berlangsung pada 11 April ini.
Ketua Rumah Sakit Polri Kramat Jati, AKBP Kristianingsih mengesahkan kematian tersebut.
Dalam pada itu, sebelum meninggal dunia, Michael juga berkongsi pengalaman selama lapan hari menjalani rawatan dan kuarantin kerana Covid-19.
Dia menasihatkan kepada rakan petugas perubatan selalu menggunakan alat pelindung diri yang lengkap bagi mengelak jangkitan wabak Covid-19.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!