Rezeki berdakwah, bersedekah Ebit Lew
KUALA LUMPUR - Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew mendedahkan perjalanan hidupnya kepada umum.
Perkongsian dimuat naik di Facebook rasminya menjelaskan kepada segelintir pihak yang mempersoalkan harta kekayaan beliau.
Beliau menceritakan, selama 10 tahun menceburi pelbagai bidang perniagaan, pernah jua mengalami kepayahan dalam hidup namun tidak pernah melupakan kerja dakwah, bersedekah dan menabur kasih sayang sejak dari kecil.
Memeluk Islam ketika berumur 12 tahun, Ustaz Ebit Lew pernah tidur atas hamparan guni mendorongnya membantu golongan memerlukan sehingga kini.
Lelaki berusia 36 tahun ini pernah juga merasai nikmat wang bernilai RM2 ketika zaman susah menjadikan hidupnya lebih menghargai masyarakat yang serba kekurangan.
Mula menapak dalam bidang motivasi bersama Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah dan Profesor Hanim yang akhirnya memiliki programnya sendiri seperti keluarga sunnah dan prokids remaja.
"Program keluarga sunnah sekali hadir 7,000 orang. Prokids remaja pula, saya jelajah seluruh Malaysia. Syukur ramai yang mendapat manfaat.
"Saya ada 3 restoran Paramount Coffee House. Sebenarnya dah rancang nak buka seluruh Malaysia termasuk di luar negara. Butik hari pertama buka sale habis jubah semua. Selepas itu makin semangat. Syukur rezeki makin melimpah ruah," katanya.
Walaupun terlibat dalam aktiviti kebajikan, Ustaz Ebit Lew juga meminati bidang penulisan di mana beliau juga menghasilkan sembilan buku berbentuk motivasi dan kekeluargaan.
Selain itu, beliau juga memiliki dua program di stesen penyiaran iaitu Door to door Ebit Lew dan A bit with Ebit yang sudah memasuki musim kedua.
Beliau juga berkongsi antara rahsia murah rezeki kerana yakin dengan ALLAH malah paling penting adalah rajin, tiada tempat dunia dan akhirat untuk orang malas.
"Yakin pada ALLAH. ALLAH beri rezeki. Dia punya semua, tiada kita punya. Jaga solat awal waktu. Bila susah selalu beri masa solat sunat seperti tahajud dan dhuha. Jaga mak ayah dan mentua dengan baik," pesannya.
Syukur pada Allah yang Maha Kaya dan Maha Penyayang. Berkat doa mak ayah. Berkat cinta kasih sayang pada bidadari. Doa...
Posted by Ebit Lew on Monday, April 27, 2020
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!