Dua staf Hospital Gleneagles PP positif Covid-19

Hospital Gleneagles Pulau Pinang
Hospital Gleneagles Pulau Pinang
A
A
A

GEORGETOWN - Hospital Gleneagles Pulau Pinang mengesahkan dua kakitangannya iaitu dari sebuah keluarga yang sama telah positif koronavirus (Covid-19).

Dalam kenyataan medianya, kedua-duanya telah dikenalpasti sebagai pesakit di bawah siasatan (PUIs) dan kini dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang untuk pengesahan dan proses pengurusan.

Menurutnya, semua kakitangan yang berhubungan dengan kedua-duanya sudah dihubungi dan ditempatkan di pusat kuarantin mengikut garis panduan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Sebelum dikuarantin, mereka juga telah menjalankan ujian saringan Covid-19. Selain itu, semua kawasan di Hospital Gleneagles Pulau Pinang yang dikenalpasti telah dijalankan kerja sanitasi bagi mengelakkan jangkitan.

"Kita mematuhi semua polisi dan proses pengendalian jangkitan selain mengamalkan langkah pencegahan untuk menjaga keselamatan kakitangan dan pesakit. Malah langkah-langkah ini akan terus dilaksanakan dari masa ke semasa," katanya tadi.

Tambahnya, pihaknya telah menangani kedua-dua kes tersebut dengan cepat dan tepat bersesuaian dengan garis panduan KKM.

"Perkhidmatan klinikal di hospital tidak terjejas dan pesakit boleh meneruskan rawatan di hospital seperti biasa.

"Jangan bimbang kerana semua pesakit yang mendapat rawatan di sini akan dipastikan berada dalam suasana dan keadaan yang selamat," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!