Saya pertahankan kebenaran dan hak: Fuziah

Fuziah Salleh
Fuziah Salleh
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mengesahkan beliau menerima surat notis saman dari Mahkamah Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini atas dakwaan menyebarkan berita palsu.

Menurutnya, berdasarkan notis saman yang diterima, beliau perlu hadir ke mahkamah tersebut pada jam 8 pagi esok.

"Surat notis tersebut menyatakan di mana ia berkenaan Kanun Keseksaan Seksyen 505 (b): Kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam” serta Akta SKMM Seksyen 249 berkenaan capaian berkenaan data berkomputer.

"Sekiranya pertuduhan ini bersifat politik ia amat dikesali dan tidak seharusnya berlaku," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Fuziah berkata, beliau akan terus mempertahankan kebenaran dan haknya.

"Saya pasti bahawa yang hak itu akan terserlah jua," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Fuziah Salleh akan didakwa esok

Sebelum ini, Fuziah membuat hantaran di Facebook mendakwa berlaku situasi luar kawalan di Kompleks Imigresen, Kastam Dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar, Tambak Johor susulan kepulangan warga Malaysia dari Singapura.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun perkara itu dinafikan Jabatan Imigresen Johor yang kemudiannya membuat laporan polis.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan rempuhan tapi latihan kebakaran!

Susulan itu, pada 12 April lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed dilaporkan berkata pihaknya sudah mengambil keterangan Fuziah bagi membantu siasatan.

Siasatan tersebut dibuat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan masing-masing kerana fitnah dan mendatangkan khianat awam.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!