Bukan kesalahan jenayah, Razman tak perlu letak jawatan

Razman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol hari ini bersama Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dan 13 individu lain mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Gerik atas kesalahan ingkar PKP dalam satu majlis di Lenggong pada 17 April lalu.

A
A
A

IPOH - Tiada keperluan untuk Razman Zakaria melepaskan jawatan sebagai Pesuruhjaya Pas Perak atas dakwaan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikenakan mahkamah hari ini.

Setiausaha Pas Perak, Mohd Akmal Kamaruddin berkata, kesalahan dilakukan itu bukan satu jenayah yang memerlukan tindakan tatatertib dan disiplin daripada jawatankuasa parti.

"Pas amat selesa dengan kepimpinan beliau selama ini jadi tiada keperluan untuk desakan letak jawatan atau sebagainya.

"Saya kira semua orang faham situasi sebenar yang berlaku, ia bukan satu kesalahan jenayah dan kes seperti itu banyak berlaku dalam kalangan wakil rakyat atas sebab tuntutan kerja, cuma ia tidak dilaporkan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Razman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol hari ini bersama Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dan 13 individu lain mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Gerik atas kesalahan ingkar PKP dalam satu majlis di Lenggong pada 17 April lalu.

Kesemua mereka diperintahkan membayar denda RM1,000 atau sebulan penjara jika gagal bayar.

Mengulas lanjut, Mohd Akmal yang juga Exco Agama dan Penerangan berkata, mana-mana pihak terutama pembangkang tidak sewajarnya memperbesarkan kes itu sebagai isu politik.

Katanya, tindakan dan pengakuan itu bukti pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional tidak bias dalam menguatkuasakan undang-undang.

Artikel Berkaitan:

"Ini satu permulaan baik pada kerajaan kerana kalau masih di pentadbiran lama dan melibatkan pemimpin mereka, saya kira kes sudah pun gugur sebelum dibicarakan lagi," katanya.

Razman dilantik sebagai Pesuruhjaya Pas sejak 2015.

ARTIKEL BERKAITAN Timbalan Menteri Kesihatan, Exco Perak mengaku salah ingkar PKP