Pemuda Umno Kelantan pantau harga barang

Noor Hariri
Noor Hariri
A
A
A

KOTA BHARU – Pemuda Umno negeri akan menubuhkan satu jawatankuasa khas peringkat Parlimen sebagai salah satu mekanisme penggerak kepada sekretariat pemantauan harga barang yang akan ditubuhkan nanti.

Ketuanya, Noor Hariri Mohd Noor berkata, sekretariat yang ditubuhkan itu akan diketuai oleh ketua pemuda setiap negeri dan turut dianggotai oleh Ketua Pemuda Bahagian yang akan berfungsi sebagai pengemudi.

“Ketua ini akan dibantu oleh semua ketua-ketua pemuda cawangan yang akan bergerak ke setiap pasar raya dan pasar borong untuk memantau harga barang keperluan harian,” katanya kepada Sinar Harian di sini.

Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki semalam mengumumkan pihaknya akan menubuhkan sekretariat pemantauan harga barang bagi memantau harga barang di seluruh negara bermula bulan depan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!