Rakyat diminta patuh PKP untuk nikmati lebih kelonggaran

Ismail Sabri Yaakob
Ismail Sabri Yaakob
A
A
A

PUTRAJAYA - Rakyat diminta mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) agar dapat menikmati lebih banyak kelonggaran jika perintah itu dapat segera ditamatkan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tempoh PKP bergantung kepada tahap pematuhan rakyat terhadap arahan yang dikeluarkan.

"Jumlah tangkapan akibat ingkar PKP sekarang masih lagi turun naik. Maknanya dari segi pematuhan itu kadang-kadang elok dan ada lebih teruk dari hari sebelumnya.

"Sebelum ini kes tangkapan dah turun 300 lebih, tapi tiba-tiba naik 600 lebih dan sebagainya. Sebab itu saya ingatkan semua agar patuh," katanya pada sidang media (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-menteri Mengenai Pelaksanaan PKP di sini hari ini.

Beliau berkata, jika ramai yang mematuhi arahan PKP dan jumlah kes semakin berkurangan mungkin PKP boleh ditamatkan lebih awal dan banyak kelonggaran yang akan dinikmati.

Ismail Sabri berkata, kerajaan juga perlu bersedia dengan pelbagai kemungkinan kerana berlaku situasi walaupun kes semakin berkurangan tetapi ia boleh naik mendadak.

"Berlaku di beberapa negara di mana kes dilaporkan dah turun dan perintah berkurung ditamatkan tiba-tiba kes meningkat mendadak menyebabkan mereka terpaksa menutup lebih lama dari perintah berkurung sebelumnya.

"Apa yang kita perlu buat adalah patuh arahan supaya bila kita buka (kembali bebas bergerak), kita buka berterusan.

Artikel Berkaitan:

"Tak guna kalau kita buka dua minggu tiba-tiba berlaku kenaikan mendadak menyebabkan kita terpaksa tutup semula dan menyukarkan hidup kita semula. Lebih baik kita berdisiplin dan bersusah sekarang untuk senang di masa akan datang," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!