Sultan Kelantan sumbang dua juta sarung tangan getah kepada KKM
PUTRAJAYA - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke V berkenan menyampaikan sumbangan peribadi berupa dua juta keping sarung tangan getah untuk edaran ke fasiliti dan hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di seluruh negara.
Perkara itu dikongsi dalam laman Facebook rasmi KKM hari ini.
Penyampaian sumbangan itu dibuat melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang), Datuk Takiyuddin Hassan yang mewakili baginda kepada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.
Turut hadir menyaksikan serahan sumbangan diraja itu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.
Hadir sama, Ketua Setiausaha KKM, Datuk Seri Dr Chen Chaw Min, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KKM, Datuk Mohd Shafiq Abdullah.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!