Bukan senang jadi 'rider', kata Dr Sheikh Muszaphar
SHAH ALAM - Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang menjadi penghantar makanan di restoran miliknya bersama Chef Ismail iaitu Restoran Rebung berkongsi pengalamannya melaksanakan tugas tersebut.
Beliau menerusi hantaran di Facebook berkata, bekerja sebagai penghantar makanan memerlukan pengorbanan dan jiwa yang kental dalam menghadapi risiko keselamatan dalam melaksanakan tugas.
“Menjadi rider bukannya mudah, semuanya tidak endah, hujan tetap redah, walaupun dirinya basah, agar pelanggan dapat jamah, itulah pengorbanan pasrah, untuk mencari rezeki sah.
“Bukannya mudah, tidak kira penat lelah, tidak peduli hujan rebah, tapi itulah hakikat,” tulisnya.
Beliau berkata, kadang-kala kita mengambil mudah terhadap penghantar makanan dan tidak sedar pengorbanan mereka untuk membawa makanan ke rumah kita.
“Layanlah mereka dengan baik. Berikan sedikit tip pun dikira baik. Malahan ukiran senyuman dan ucapan terima kasih pun cukup membantu,” tambahnya lagi.
Dalam hantaran sama, beliau turut berkongsi video menunggang motosikal dalam hujan untuk menghantar makanan kepada pelanggan.
Video berkenaan mendapat 6,000 tontonan, 840 tanda suka, 71 komen dan 235 perkongsian semula.
Menjadi rider bukannya mudah Semuanya tidak endah Hujan tetap redah Walaupun dirinya basah Agar customer dapat jamah Itulah pengorbanan pasrah Untuk mencari rezeki sah Bukannya mudah Tak kira penat lelah Tak peduli hujan rebah Tapi itulah hakikah We sometimes take things for granted on our delivery riders We never realised how much sacrifices they made to bring food to our homes Treat them warmly and gently Some tips would be great Even a smile and saying thank you does help Kudos to all riders out there ... But most importantly safety comes first . Salam Everyone Love As Always ... Just sharing ... PS - I truly enjoy being a delivery Boy . Don’t forget to order food from Rebung @rebung_taman_botani I will deliver them right to your doorstep InsyaAllah Selamat Berpuasa semua ...
Posted by Sheikh Muszaphar Shukor on Sunday, April 26, 2020
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!