Warga Myanmar cuba lolos kawat duri PKPD
Seorang lelaki warga Myanmar ditangkap cuba meloloskan diri melalui pagar kawat duri yang dipasang di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Jalan 9/3A berhampiran Pasar Borong Kuala Lumpur, Sabtu lalu.
A
A
A
SELAYANG - [DIKEMASKINI] Bosan terkurung di rumah, dua lelaki Myanmar cuba meloloskan melalui kawat duri untuk keluar dari kawasan rumah mereka di Selayang Baru semalam yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, tindakan kedua-dua lelaki berusia 23 dan 24 tahun itu sempat dirakam penduduk yang tinggal di bangunan bersebelahan.
Menurutnya, pemegang kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) itu berjaya ditahan dan salah seorang daripadanya dibawa ke hospital selepas mengalami kecederaan selepas terjatuh di atas kawat duri.
"Salah seorang suspek dilihat gagal melepasi kepungan kawat duri sebelum terjatuh dan cedera di bahagian belakang badan, kaki dan tangan.
"Alasan yang diberikan bukan disebabkan kekurangan bekalan makanan, sebaliknya bosan dan panas berada dalam rumah kerana sudah tiga hari lockdown," katanya pada sidang akhbar di PKPD Selayang Baru di sini hari ini.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan (KK) dan Perkara 7 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.
"Saya ingin beri amaran dan ingatan agar jangan sesekali ambil tindakan kurang bijak cuba meloloskan diri dari PKPD kerana kawasan ini dikelilingi kawat duri yang mustahil untuk dilepasi.
"Saya juga ingin ingatkan kepada sesiapa yang ingin menyampaikan bekalan makanan atau keperluan kepada penduduk PKPD, tidak boleh diberikan secara terus sebaliknya boleh menghubungi bilik gerakan atau merujuk petugas yang berada di lokasi," katanya.
Katanya, jumlah penduduk terlibat PKPD Selayang baru adalah lebih 3,000 orang yang 60 peratus daripadanya telah selesai menjalani saringan koronavirus (Covid-19).
Sabtu lalu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan PKPD ketujuh dilaksanakan di Selayang Baru yang dipecahkan kepada enam parcel sehingga 3 Mei.
Ia melibatkan Zon A (Jalan Indah 3 dan Jalan Indah 5A, Selayang Indah, Zon B (Jalan Indah 21, Lembah Indah, Selayang Baru) dan Zon C (Jalan Besar Selayang Baru, Jalan 1 dan Jalan Indah 21, Selayang Baru) Selain itu, Zon D (Jalan 3, 5, 7 dan 9, Selayang Baru), Zon E (Jalan 2, 4, 6 dan 8, Selayang Baru) dan Zon F (Blok A, B dan C, Selayang Makmur).

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -
Varian Covid-19 KP.3.1.1 dominan di AS ketika jangkitan terus meningkat
21 Ogos 2024 10:00am
KKM keluarkan perincian semakan semula SOP Covid-19
29 Jun 2024 03:36pm
KKM pantau peningkatan kes Covid-19 di Singapura
19 Mei 2024 01:45pm
Kes Covid-19 di Pulau Pinang menurun
19 Januari 2024 01:14pm
Bendera China pada replika roket, MDT arah karnival ditutup serta-merta
27 Disember 2024 11:00am
[VIDEO] Wanita bakar motosikal, tak puas hati kenderaan ditarik
27 Disember 2024 08:01am
Pesalah khalwat selesai disebat 6 kali di khalayak ramai
27 Disember 2024 03:13pm
Pempengaruh Nazirul Hakim meninggal dunia
27 Disember 2024 11:00am
Anwar wajar dapatkan penjelasan Hannah, Kor Ming
27 Disember 2024 08:10am