KKMM perhalusi skim wajib tayang, insentif baharu rancak industri filem

Saifuddin - Foto Bernama
Saifuddin - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan memperhalusi pelaksanaan skim wajib tayang atau sebarang insentif baharu bagi merangsang semula industri perfileman pasca koronavirus (Covid-19).

Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, untuk tujuan itu, KKMM akan mengadakan perbincangan khas dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan penggiat industri bagi merangka mekanisme tayangan semula serta langkah-langkah membantu mereka menghadapi cabaran dan merancakkan semula industri itu.

"Kami di KKMM peka terhadap situasi yang dihadapi oleh industri perfileman akibat wabak Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, susulan isu tular sebuah video informasi Jawatankuasa Wajib Tayang, Saifuddin berkata, Finas telah diarah untuk menurunkan video terbabit.

Tegasnya, keputusan ini dibuat untuk mengelakkan kekeliruan selain ia seolah-oleh menggambarkan memberi satu janji pelaksanaan yang belum pasti.

"Saya telah mengarahkan pengurusan (Finas) agar menurunkan sebuah video informasi oleh Jawatankuasa Wajib Tayang setelah menerima beberapa reaksi daripada penggiat industri perfileman," katanya.- Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!