Ambil macam Chicharito

Chicharito menabur bakti di Od Trafford selama lima musim dari 2010 hingga 2015.
Chicharito menabur bakti di Od Trafford selama lima musim dari 2010 hingga 2015.
A
A
A

MANCHESTER United disaran untuk tidak mengutamakan pembelian pemain yang bernilai tinggi bagi memperkuatkan cabaran The Red Devils dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada masa depan.

Sebaliknya, bekas tonggak United, Rafael da Silva menggesa pihak pengurusan United lebih mengutamakan pembelian pemain yang tidak mahal tetapi mampu memberikan impak positif kepada kelab itu.

Menurutnya, United yang dalam proses membentuk semula kekuatan dalam dua musim kebelakangan ini perlu belajar daripada kesilapan ketika melakukan pembelian pemain terutamanya berstatus bintang sebelum ini.

“Manchester United tidak memerlukan pemain berstatus bintang yang dibeli dengan harga mahal untuk kembali menyaingi kelab lain khasnya dalam saingan liga.

“Sebaiknya (pengendali United) Ole (Gunnar Solskjaer) perlu mencari pemain yang tidak mahal tetapi memiliki karakter dan semangat untuk bekerja keras di padang demi kejayaan kelab.

“Kelab perlu mencari pemain yang ingin bermain untuk Manchester United dan bukannya pemain yang dibeli dengan nilai yang tinggi oleh kelab," kata Rafael yang kini bersama kelab Ligue 1 Perancis, Lyon.

Pada masa sama, Rafeal mencadangkan Solskjaer mencari pemain berkarakter seperti Javier Hernandez atau lebih dikenali dengan panggilan Chicharito yang dibeli kelab itu pada 2010.

“Lihat saja komitmen serta kerja keras Chicharito sepanjang bersama Manchester United. Semuanya kerana Chicharito mahu bermain dengan kelab ini. Berapa banyak Manchester United membayarnya? Tidak banyak, jadi Ole harus bijak,” jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Chicharito yang menyertai United daripada kelab Mexico, Chivas pada 2010 telah menjaringkan 59 gol dalam 156 penampilan selain pernah dipinjamkan ke Real Madrid sebelum menyertai Bayer Leverkusen pada Ogos 2015.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!