[VIDEO] Bila tiga beradik Cina belajar puasa...

Wee Yun Nee berbuka puasa bersama abang-abangnya.
Wee Yun Nee berbuka puasa bersama abang-abangnya.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang gadis berbangsa Cina bersama dua abangnya menarik perhatian netizen apabila mereka berkongsi pengalaman berpuasa di bulan Ramadan.

Perkara tersebut dikongsikan oleh Wee Yun Nee menerusi hantarannya di Instagram dengan memaparkan dia dan dua abangnya, Wee Chuan Yuan dan Wee Chuan Chin bersahur serta berbuka puasa.

“Cubaan pertama berpuasa. Walaupun susah sebab kali pertama, tapi kami nekad juga nak rasa macam mana (perasaan) orang berpuasa,” tulisnya.

Yun Nee juga berkata, mereka hendak merasai pengalaman berpuasa sebagai menghargai budaya dan agama masyarakat lain di negara ini.

“Perasaan hari pertama berpuasa kami rasa sangat teruja. Berpuasa juga banyak mengajar kami erti kesabaran,” katanya kepada Sinar Harian.

Hantaran berkenaan mendapat lebih 55,000 tontonan sejak dimuat naik semalam.

Netizen rata-ratanya memuji usaha mereka untuk merasai sendiri pengalaman berpuasa.

“Hebat sek demo,” komen Aisyah Hazmi.

Artikel Berkaitan:

Aiman9099 pula meninggalkan komen "Wow makan pun guna tangan. Tahniah."

Yun Nee dan abangnya baru-baru ini juga tular di media sosial kerana mampu bertutur dalam loghat Kelantan dengan begitu baik sekali.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!