Di mana Kim Jong-un?

Kim Jong-un didakwa sudah meninggal dunia.
Kim Jong-un didakwa sudah meninggal dunia.
A
A
A

KEADAAN sebenar tahap kesihatan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un terus menjadi tanda tanya selepas beberapa laporan media di Asia membuat pelbagai spekulasi tentang perkara itu susulan kehilangannya sejak dua minggu lalu.

Kelmarin, Jong-un dikatakan sudah meninggal dunia, mengalami mati otak dan ada pula laporan mengatakan beliau masih sihat hingga mencetuskan kekeliruan.

Pada awalnya, diktator berusia 30-an yang terkenal dengan jolokan ‘Rocket Man’ yang diberikan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump itu atas minat yang sangat mendalam terhadap pelancaran misil dilaporkan menjalani prosedur kardiovaskular awal bulan lalu.

No Image Caption

Kelmarin, rangkaian penyiaran Hong Kong melaporkan tentang kematian Jong-un yang didakwa memetik sumber boleh dipercayai.

Lewat Jumaat lalu, sebuah majalah di Jepun pula mendedahkan beliau berada dalam keadaan separa koma.

Sementara itu, laporan yang tidak disahkan dan dikaitkan dengan sumber Parti Komunis di Beijing mendakwa Jong-un meninggal dunia selepas pembedahan kecil gagal dilakukan ke atasnya.

Khamis lalu, Trump juga menafikan laporan yang menyatakan Jong-un berada dalam keadaan kritikal, namun sehari selepas itu China dilaporkan menghantar pakar perubatan untuk membantu merawat pemimpin terbabit.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Trump selar laporan CNN tentang kesihatan Jong-un

Dalam perkembangan sama, imej satelit diperoleh sebuah badan pemikir berpusat di AS mengesan sebuah kereta api milik beliau di bandar peranginan di timur Pyongyang.

Imej satelit menunjukkan kereta api milik Jong-un dilihat di Wonsan pada 21 April lalu. Gambar kecil: Kim Jong-un.
Imej satelit menunjukkan kereta api milik Jong-un dilihat di Wonsan pada 21 April lalu. Gambar kecil: Kim Jong-un.

Menurut laman 38North itu, kereta api itu diparkir di stesen khas untuk keluarga Jong-un di Wonsan pada 21 dan 23 April lalu.

“Tetapi, ia tidak membuktikan di mana pemimpin Korea Utara itu berada sekarang atau maklumat tentang kesihatannya. Namun, ia seakan-akan mengiyakan laporan sebelum ini yang menyatakan beliau kini berehat di sebuah vila selepas prosedur kardiovaskular tersebut,” jelas laman tersebut.

Jong-un mengambil alih kepimpinan di Korea Utara sejak 2011 selepas bapanya, Kim Jong Il meninggal dunia akibat serangan jantung dan mendiang datuknya, Kim Il Sung juga mengalami keadaan sama sebelum menghembuskan nafas terakhir pada 1994. - Agensi

ARTIKEL BERKAITAN: Keadaan kesihatan Kim Jong-un cetus tanda tanya

Media Korea Utara ‘kunci mulut’

Pembelian panik landa Pyongyang

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!