[LAPORAN KHAS] Pramugari Saudi Arabian Airlines ambil cuti tanpa gaji

Iklil Aina Aqilah Zulkifli
Iklil Aina Aqilah Zulkifli
A
A
A

SHAH ALAM - Terasa rindu untuk menyarung uniform dan kembali bertugas bersama rakan-rakan lain, luah pramugari Saudi Arabian Airlines, Iklil Aina Aqilah Zulkifli yang kini terpaksa melupakan sejenak tugasnya di awan biru.

Lima tahun bergelar pramugari, wanita kecil molek berusia 29 tahun yang mesra dipanggil Aina itu kini hanya menghabiskan masa di rumah setelah diminta mengambil cuti tanpa gaji oleh syarikat penerbangannya susulan pandemik Covid-19.

“Penerbangan terakhir saya adalah pada 20 Februari lalu ke New York. Ketika itu penumpang dan kru masih tidak memakai topeng muka, namun masing-masing sudah tahu tentang keadaan di China,” kata Aina kepada Sinar Harian.

Iklil Aina Aqilah Zulkifli
Iklil Aina Aqilah Zulkifli

Aina menceritakan, pada awalnya beliau merancang untuk bercuti sehingga hujung bulan Mac, namun apabila wabak Covid-19 melanda, syarikat penerbangannya memaklumkan menerusi e-mel sesiapa (kru) yang berada di luar Arab Saudi diminta untuk mengambil cuti tanpa gaji hingga Disember 2020.

Menurut Aina, meskipun terdetik rasa rindu untuk kembali bertugas sepertimana rutinnya sejak lima tahun lalu namun segala yang berlaku ada hikmah tersendiri.

“Saya berasa gembira dapat meluangkan lebih banyak masa bersama suami. Sepanjang empat tahun berkahwin kami tidak pernah berkesempatan duduk sebumbung untuk tempoh masa yang lama,” kata Aina.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!