Pelajar tahfiz sediakan juadah berbuka nyaris dihempap pokok
PASIR PUTEH - Tiga pelajar tahfiz Sekolah Islam Integrasi Ikhwan, Kampung Gong Kulim yang sedang bersedia untuk berbuka puasa selamat dalam kejadian ribut yang mengakibatkan tiba batang pokok tumbang menghempap dua buah bangunan sekolah itu.
Pegawai Pertahanan Awam Pasir Puteh, Kapten (PA) Nik Mohd Nor Nik Mat berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 4 petang semalam dan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.05 petang.
Beliau berkata, seramai enam anggota termasuk seorang pegawai bergegas ke lokasi untuk kerja-kerja menyelamatkan mangsa," katanya.
Menurutnya, sejurus tiba di lokasi kejadian APM Pasir Puteh mendapati pokok pinang, langsat dan bacang menghempap bangunan.
'Mereka kemudian membersihkan pokok berkenaan dan kerja-kerja itu tamat hampir dua jam kemudian," katanya.
Katanya, Sekolah Islam Integrasi Ikhwan dihuni seramai lapan guru dan 128 pelajar dan tiada kemalangan jiwa berlaku.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!