16 ahli sindiket judi dalam talian diberkas

Antara barangan yang dirampas dalam serbuan di sebuah apartmen di Prima Selayang, di sini, semalam.
Antara barangan yang dirampas dalam serbuan di sebuah apartmen di Prima Selayang, di sini, semalam.
A
A
A

GOMBAK – Seramai 16 individu termasuk dua wanita warga tempatan yang dipercayai terlibat sebagai operator dalam sindiket judi dalam talian ditahan di sebuah apartmen di Prima Selayang, semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, kesemua individu yang berusia dalam lingkungan 18 hingga 39 tahun ditahan dalam serbuan pada jam 7.30 malam di tiga kediaman berasingan.

Katanya, serbuan pertama dilakukan di tingkat 17 iaitu tempat tinggal mereka sebelum menemui pusat operasi judi di tingkat 20 dan 24,” katanya pada sidang akhbar di akhbar di apartmen di Prima Selayang, semalam.

Arifai berkata, polis turut merampas 13 komputer riba dan 31 telefon bimbit yang dipercayai digunakan untuk kegiatan terbabit.

“Modus operandi sindiket itu ialah menyebarkan pautan laman web judi dalam talian menerusi mesej kepada pemain terdiri daripada warga tempatan.

“Siasatan awal mendapati sindiket terbabit menawarkan beberapa laman web judi dalam talian kepada pemain yang membolehkan mereka meraih jumlah pertaruhan mencecah RM30,000 sehari,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat awal juga mendapati sindiket ini beroperasi sejak dua bulan lalu dengan menggaji individu warga tempatan sebagai operator sebanyak RM2,000 sebulan.

“Kesemua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 41 (c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!