Padah tidak letak tanda harga

Seorang peniaga di Pasar Awam Salak, Sepang, kelmarin dikenakan kompaun RM1,000 kerana gagal meletakkan tanda harga ke atas barang yang dijualnya.
Seorang peniaga di Pasar Awam Salak, Sepang, kelmarin dikenakan kompaun RM1,000 kerana gagal meletakkan tanda harga ke atas barang yang dijualnya.
A
A
A

SEPANG - Seorang peniaga sebuah gerai di Pasar Awam Salak, di sini dikenakan kompaun RM1,000 kelmarin kerana tidak meletakkan tanda harga ke atas barang basah yang dijualnya.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor, Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata, kesalahan itu dikesan selepas pemeriksaan sepasukan penguat kuasa KPDNHEP Cawangan Sepang kira-kira jam 10 pagi hasil aduan awam.

"Peniaga berkenaan turut menjual udang, ikan dan sotong. Tindakan telah diambil di bawah Peraturan 3(1) Perintah Kawalan Harga, Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan 2011 serta dikenakan kompauan RM1,000," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata, peniaga tempatan itu turut diberi amaran supaya tidak menimbang barangan yang dijual dengan ais atau air bagi menambah berat timbangan serta mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

"KPDNHEP tidak akan teragak-agak mengambil tindakan yang tegas ke atas peniaga yang cuba mengambil kesempatan terutama dalam tempoh perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!