Malaysia Baharu perlu dilihat sebagai harapan rakyat

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Malaysia Baharu perlu dilihat dari kaca mata kerajaan PH sebagai satu harapan rakyat.

Pegawai Tugas-Tugas Khas Menteri Dalam Negeri, Prof Madya Datuk Dr Marzuki Mohamad

berkata, rakyat meletakkan harapan tinggi kepada kerajaan hari ini dan mahu merasai impak perubahan dalam hidup mereka.

Menurutnya, pemimpin perlu tahu apa keinginan rakyat dan tahu bagaimana nak laksanakannya.

"Sebelum PRU, kita buat kajian apa yang rakyat mahukan dan perkara paling atas adalah kos sara hidup, soal pekerjaan, gaji dan perumahan.

"Soal kebebasan bersuara itu berada di bawah mungkin di nombor lima, enam atau tujuh. Jadi pemimpin baharu ini fikir macam mana nak tangani isu kos sara hidup bukan ICERD sebagai keutamaan, walaupun ada pandangan kata wajar. Itu perkara yang berada di belakang," katanya dalam Wacana Sinar Islam Ke-86 Malaysia Baharu: Apa Perlu Anda Tahu?

Menurutnya, kerajaan perlu nyatakan mekanisme untuk menangani isu kos sara hidup dan nyatakan kepada rakyat.

"Sebagai contoh kita ada Majlis Tindakan Tangani Kos Sara Hidup yang wujud semasa kerajaan sebelum ini dan diaktifkan semula.

Artikel Berkaitan:

"Rakyat nak tengok apa tindakan kerajaan, rakyat nak rasa impaknya. Pemimpin kerajaan perlu laksanakan dan dalam tempoh lapan bulan ini, rakyat nak tengok prestasi menteri," katanya.

Tambahnya, perlu wujud sedikit perubahan dari segi kaedah memimpin dan bekerja menteri dan timbalan menteri.

"Kalau dahulu 100 peratus masa digunakan untuk membangkang di mana kita tumpukan kepada hal politik. Sekarang berbeza, sepatutnya 80 peratus ditumpukan untuk tugas kerajaan. Sekiranya jadi kerajaan tapi masih sibuk berpolitk, ia langkah silap.

"Menteri dan timbalan menteri kurangkan berpolitik. Tumpu tugas dan perkhidmatan kepada rakyat. Kalau rakyat yakin, Malaysia Baharu akan buahkan hasil," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!