643 individu ditahan ingkar PKP

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob -Foto Bernama
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob -Foto Bernama
A
A
A
PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Seramai 643 individu ditahan kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, 576 individu direman manakala bakinya dijamin oleh polis.

Katanya, seramai 947 individu juga didakwa di mahkamah kerana ingkar PKP.

"Semalam polis menahan 643 individu berbanding 489 pada hari sebelumnya kerana ingkar PKP.

"Ini menjadikan jumlah kumulatif tangkapan setakat ini adalah seramai 21,749 individu," katanya pada Sidang Media (Non-Health) selepas Mesyurat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.

Beliau berkata, terdapat pertambahan sebuah lagi pusat kuarantin beroperasi yang mana 17,440 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib.

Katanya, semalam seramai 838 rakyat Malaysia telah pulang ke tanah air dan telah dikuarantin wajib.

"Seramai 24,323 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara telah dikuarantin wajib sejak 3 April 2020.

"Sejak 17 April, 10,291 individu telah selesai menjalani tempoh kuarantin wajib dan dibenarkan pulang,"katanya.

Artikel Berkaitan:

Mengenai Ops Sanitasi Awam di bawah kawal selia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) beliau berkata, sebanyak 245 operasi sanitasi meliputi 60 Zon Merah dan Kuning di di 13 negeri, termasuk 40 operasi di Sabah, 40 operasi di Sarawak dan 39 operasi di Johor.

"Operasi sanitasi semalam merangkumi 34 bangunan Kerajaan, 22 tempat awam, 65 pusat perniagaan dan 6 pasar raya,"katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!