Peniaga dikompaun tidak pamerkan tanda harga

Seorang peniaga kedai runcit di Kuala Kangsar dikesan tidak meletakkan tanda harga bagi jualan runcit gas cecair petroleum (LPG) 14kg.
Seorang peniaga kedai runcit di Kuala Kangsar dikesan tidak meletakkan tanda harga bagi jualan runcit gas cecair petroleum (LPG) 14kg.
A
A
A

KUALA KANGSAR - Seorang peniaga kedai runcit dikenakan kompaun RM1,000 selepas gagal mempamerkan tanda harga bagi jualan tong gas dalam satu pemeriksaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di sini hari ini.

Ketua Cawangan KPDNHEP Kuala Kangsar, Ahmad Puat Abdul Hamid berkata, dalam pemeriksaan sekitar jam 12.45 tengah hari, peniaga berusia 55 tahun itu dikesan tidak meletakkan tanda harga bagi jualan runcit gas cecair petroleum (LPG) 14 kilogram (kg).

Menurutnya, semua peruncit tidak boleh menjual melebihi harga maksimum ditetapkan kerajaan iaitu RM26.60 bagi 14kg LPG, RM22.80 (12kg) dan RM19 (10kg).

"Tindakan pemeriksaan ini adalah berdasarkan aduan yang diterima daripada orang awam.

"Siasatan lanjut mendapati peniaga terbabit melanggar Perintah 3(1) Perintah Kawalan Harga (Penandaan Oleh Penjual Runcit) 1993 dan atas kesalahan itu dikenakan kompaun RM1,000," katanya.

Menurutnya, setakat ini tiada laporan berhubung pembelian panik diterima melibatkan bekalan barangan di daerah itu.

"Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, bekalan barang keperluan asas untuk semua pengguna di seluruh Kuala Kangsar, Sungai Siput, Padang Rengas dan Manong adalah mencukupi," katanya.

Sebarang aduan peniaga boleh disalurkan menerusi Bilik Gerakan KPDNHEP Negeri Perak 05-2414611.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!