Korea Selatan lapor 4 kes import Covid-19, sifar jangkitan tempatan

Pelancong di Korea Selatan memakai topeng muka. - Foto AFP
Pelancong di Korea Selatan memakai topeng muka. - Foto AFP
A
A
A

SEOUL - Korea Selatan melaporkan empat lagi kes baharu koronavirus (Covid-19) pada Khamis melibatkan kes import dan sifar jangkitan tempatan pertama kali sejak wabak mula melanda.

Empat kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan 10,765, lapor agensi berita Yonhap.

Ia adalah kenaikan harian terendah dalam tempoh lebih dua bulan, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KCDC).

Walaupun terdapat tanda-tanda pengurangan jangkitan, pihak berkuasa kesihatan tetap berjaga-jaga terutamanya ketika cuti umum.

Peningkatan jumlah kes import masih menjadi kebimbangan pihak berkuasa Korea Selatan.

Empat kes baharu itu menjadikan jumlah kes import sebanyak 1,065 dan lebih 90 peratus pesakit adalah warga negara itu.

Daegu, wilayah paling teruk dilanda wabak itu terletak 300km di tenggara Seoul, tidak mencatatkan sebarang kes baharu.

Bandar berkenaan menyumbang 64 peratus daripada keseluruhan kes Covid-19 di Korea Selatan.

Artikel Berkaitan:

Negara dengan jumlah penduduk kira-kira 50 juta itu telah menjalankan saringan Covid-19 terhadap 619,881 orang sejak 3 Januari.

Korea Selatan melaporkan kes pertama Covid-19 pada 20 Januari.

Jika jumlah jangkitan baharu terus mendatar menjelang akhir musim percutian, Korea Selatan merancang untuk mengurangkan penjarakan sosial.

Selain itu, Korea Selatan merancang menamatkan peraturan kuarantin, bermakna sekolah dan tempat kerja kembali dibuka seperti biasa dengan mengamalkan langkah berjaga-jaga.

Pegawai kesihatan negara itu pesimistik keadaan akan kembali seperti sediakala di tengah-tengah kebimbangan banyak pihak kemungkinan berlakunya gelombang kedua jangkitan akhir tahun ini. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!