683 individu ditahan ingkar PKP

ISMAIL SABRI
ISMAIL SABRI
A
A
A

PUTRAJAYA - Seramai 683 individu ditahan kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam berbanding 643 pada hari sebelumnya.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata daripada jumlah itu, seramai 598 individu direman manakala yang lain dilepaskan dengan dijamin polis.

"Ini menjadikan jumlah kumulatif tangkapan setakat ini seramai 22,432 individu," katanya pada sidang akhbar (Non-Health) selepas Mesyurat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.

Katanya, seramai 978 individu juga didakwa di mahkamah kerana kesalahan sama.

Beliau berkata, terdapat pertambahan enam lagi pusat kuarantin beroperasi terdapat individu sedang menjalani proses kuarantin wajib.

Katanya, semalam seramai 825 rakyat Malaysia pulang ke tanah air dan telah dikuarantin wajib.

"Seramai 25,031 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara dikuarantin wajib sejak 3 April 2020 dan 11,119 individu dibenarkan pulang sejak 17 April,," katanya.

Beliau turut memaklumkan sebanyak 121 operasi sanitasi meliputi 38 zon merah dan kuning di 12 negeri termasuk 33 operasi di Johor dan 17 operasi di Melaka dilakukan semalam.

Artikel Berkaitan:

"Operasi sanitasi semalam merangkumi 34 bangunan kerajaan, 55 tempat awam, 50 pusat perniagaan dan dua pasar raya," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!