Korban di Kanada lebih 3,000 selepas umum berjaya perangi Covid-19
TRENTON - Kanada melalui detik muram semalam apabila korban akibat koronavirus (Covid-19) melebihi 3,000 orang, lapor agensi berita Anadolu.
Pegawai melaporkan Covid-19 telah meragut 3,054 nyawa dengan jumlah kes sebanyak 51,230 manakala 20,100 pesakit sembuh.
Berita itu muncul hanya beberapa jam selepas Perdana Menteri, Justin Trudeau mengatakan Kanada sudah menang dalam perjuangan melawan virus itu tetapi penjarakkan sosial, duduk di rumah dan langkah-langkah pencegahan lain mesti diteruskan.
Jumlah kematian meningkat 3,000 sehari selepas Trudeau dan 10 perdana menteri wilayah mengumumkan rancangan yang mengandungi tujuh langkah yang mesti dipenuhi, sebelum membuka semula sekolah dan perniagaan. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!