Akbar Samon dilantik CEO MAIWP

Datuk Akbar Samon
Datuk Akbar Samon
A
A
A

KUALA LUMPUR - Timbalan Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Datuk Akbar Samon dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang baharu.

Unit Komunikasi Korporat MAIWP memaklumkan, Akbar, 52, memiliki pengalaman luas dalam bidang pengurusan, urusan luar negara dan hubungan antarabangsa serta bidang inovasi di mana beliau pernah ditempatkan di Pejabat Perdana Menteri sebagai Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri.

Menurutnya, Akbar juga pernah dilantik sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Perdana Menteri dalam menyelia urusan luar negara dan hubungan antarabangsa sehingga tahun 2014.

"Pada 1 April 2015, beliau dinaikkan pangkat sebagai Setiausaha Bahagian, Bahagian Inovasi & Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan jawatan terakhir beliau sebelum dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP adalah Timbalan Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu turut memaklumkan, Akbar memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Jurukur Bahan dari University of Portsmouth (UK) 1993.

Beliau turut menerima Ijazah Pentadbiran Perniagaan (MBA Techno-entrepreneurship) 2003 dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM dengan kerjasama University of Cranfield).

Selain itu, beliau juga memiliki Diploma Pentadbiran Awam dari Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan Diploma Bangunan, 1991, Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur, Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!