Beberapa kawasan di Malaysia bergegar kesan gempa bumi di Sumatera
PUTRAJAYA- Gegaran dirasai di sekitar Putrajaya, Kuala Lumpur, sebahagian Selangor, Pulau Pinang dan sebahagian Perak pada sebelah petang ini susulan gempa bumi sederhana di utara Sumatera, Indonesia.
Menurut hantaran Jabatan Meteorologi Malaysia di laman rasmi Facebook jabatan itu, kejadian gempa bumi itu yang berukuran 5.2 skala Ritcher itu berlaku pada jam 4.20 petang di kedudukan 27km Tenggara dari Padang Sidempuan, Indonesia pada kedalaman 10km.
Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia, kata jabatan itu.
Beberapa penduduk di Putrajaya membuat hantaran di laman sosial seperti Twitter melaporkan mengalami rasa goyang di kediaman mereka.-Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!