7,000 pelajar IPT Perak mula pulang hari ini

Razman ketika meninjau proses penghantaran pulang melibatkan 108 pelajar USAS hari ini.
Razman ketika meninjau proses penghantaran pulang melibatkan 108 pelajar USAS hari ini.
A
A
A

KUALA KANGSAR - Sekurang-kurangnya 7,000 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta termasuk politeknik di Perak akan dihantar pulang secara berperingkat bermula hari ini sehingga 9 Mei depan.

Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil Perak, Razman Zakaria berkata, jumlah itu merangkumi mereka yang tinggal dalam kampus dan menyewa rumah melibatkan penghantaran rentas negeri dan sekitar daerah-daerah Perak.

"Data yang kita ada setakat ini adalah kira-kira seramai 7,545 pelajar, namun kita sedang mendapatkan jumlah terkini keseluruhan yang terlibat daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) kerana saya difahamkan ada pelajar yang ambil keputusan tidak mahu pulang dan tinggal di kampus.

“Semua penghantar pulang diurus oleh kementerian dan kita di peringkat kerajaan negeri akan memantau kelancaran proses berkenaan," katanya kepada pemberita selepas meninjau penghantaran pulang 108 pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) di sini hari ini.

Antara IPT terlibat adalah Universiti Pendidikan Sultan Idris seramai 3,690 pelajar, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar (447 orang), UiTM Tapah (189 orang), Universiti Teknologi Petronas (1,700 orang), USAS (746 orang) dan Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) (130 orang).

Ia turut melibatkan Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) seramai 60 orang, Politeknik Ungku Omar (PUO) (580 orang), Kolej Komuniti Bagan Serai (4 orang) dan Kolej Komuniti Kuala Kangsar dengan dua orang.

Penghantaran pelajar ke zon tengah akan bermula esok diikuti zon utara (4 Mei), zon selatan (7 Mei) dan zon timur pada 9 Mei.

Razman berkata, selaras dengan ketetapan dibuat kerajaan, pelajar yang dihantar pulang ini hanyalah membabitkan kawasan zon hijau ke zon hijau.

Artikel Berkaitan:

"Bagi pelajar yang bukan tinggal di kawasan zon hijau, mereka akan kekal di kampus.

"Kerajaan negeri melalui peruntukan yang diterima daripada kementerian akan memantau keperluan terutama makanan sepanjang mereka tinggal di kampus," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!