Latih ahli keluarga sentiasa bersyukur untuk bahagia

Program Majlis Ayah: Ayah Pemimpin Masuk Syurga Sekeluarga bertajuk Nasihat Buat Ayah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Shah Alam di sini hari ini.
Program Majlis Ayah: Ayah Pemimpin Masuk Syurga Sekeluarga bertajuk Nasihat Buat Ayah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Shah Alam di sini hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Keluarga bahagia adalah keluarga yang sentiasa bersyukur kepada ALLAH SWT di atas segala nikmat diperoleh mereka.

Oleh demikian bagi mencapai keluarga bahagia, Penolong Profesor Kuliyah Ilmu Wahyu, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Datuk Dr Abdul Latiff Abdul Razak menasihatkan golongan bapa sebagai ketua keluarga supaya melatih anak mereka berbuat demikian.

Menurut beliau, antaranya melatih anak mengucap Alhamdulillah setiap kali bangun daripada tidur kerana bersyukur masih lagi bernafas.

"Kadang-kadang kita ini tidak fokus kepada apa yang kita ada tetapi fokus kepada apa yang kita tidak ada. Itu yang menjadikan kita stres, tertekan dan risau kerana kita suka mencampuri urusan-urusan di luar kemampuan kita.

"Sedangkan rezeki kita itu ALLAH sudah tentukan. Mereka yang berusaha, ALLAH akan memberikan kejayaan tetapi kejayaan itu bukan kerana usaha kita sebaliknya ditentukan ALLAH.

"Jadi apa perlunya usaha? itu amal soleh kita, bekalan kita, ikhtiar kita yang ALLAH suruh," katanya pada program Majlis Ayah: Ayah Pemimpin Masuk Syurga Sekeluarga bertajuk Nasihat Buat Ayah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Shah Alam di sini hari ini.

Hadir sama, Johan Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa 2019, Ustaz Abdul Khair Jalil yang mengalunkan bacaan Surah Luqman Ayat 12 hingga 19 manakala Ketua Penyelidik Warisan Ummah Ikhlas Foundation (WUIF), Fazrul Ismail sebagai pentadabbur.

Program tersebut disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian (portal, Facebook (FB),YouTube dan Twitter) serta FB Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah bermula jam 6 hingga 7 petang setiap hari sepanjang Ramadan.

Artikel Berkaitan:

Siaran ulangan di TV AlHijrah (4.30 hingga 5.30 pagi) dan di Astro Oasis (10.30 hingga 11.30 malam) pada hari berikutnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif WUIF, Marhaini Yusoff berkata, program tersebut menyediakan sesi ‘Berinteraksi dengan Al-Quran; Baca, Faham dan Amal’ khusus buat golongan lelaki terutama yang bergelar ayah.

Menurutnya, antara pengisian program adalah membina perancangan bersama golongan ayah, baca dan tadabbur ayat al-Quran bersama qari pilihan serta pentadabbur.

“Pengisian lain, dengarkan ‘Pesan Pakar’ dan ‘Pesan Ulama’, panduan dan solusi dari al-Quran, Call to Action buat ayah serta doa bersama.

“Semoga negara ini terbina dengan para ayah dengan mindset al-Quran, memimpin keluarga, isteri dan anak-anak masuk syurga sekeluarga,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!