Dua wanita warga Thailand maut dalam kebakaran
GEORGETOWN- Dua wanita warga Thailand maut dalam kejadian kebakaran membabitkan dua buah restoran di Jalan Air Hitam, Datuk Keramat di sini pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.33 pagi itu, dua mangsa yang maut dikenali sebagai Aishah Tok Pok Ku, 51, dan Minah Jamal, 80, dikatakan terperangkap dalam asrama pekerja di bahagian atas kedai itu.
Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, ketika jentera bomba tiba di lokasi mendapati hampir 70 peratus daripada bangunan berkenaan hangus.
"Operasi dilakukan oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak dibantu beberapa anggota bomba sukarela. Pemeriksaan di bahagian atas restoran itu menemui mayat wanita warga emas," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Jurucakap berkenaan berkata, api berjaya dipadamkan sepenuhnya kira-kira jam 1.30 petang dan mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan
Katanya, punca kejadian dan kerugian masih disiasat.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!