Geng Gemok Bendahara aktif curi bateri, kabel tumpas

Lima suspek yang ditahan kerana mencuri bateri dan kabel milik syarikat-syarikat telekomunikasi dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) melibatkan kerugian RM100,000 di Kota Tinggi, Johor.
Lima suspek yang ditahan kerana mencuri bateri dan kabel milik syarikat-syarikat telekomunikasi dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) melibatkan kerugian RM100,000 di Kota Tinggi, Johor.
A
A
A

KOTA TINGGI - Polis percaya kegiatan mencuri bateri dan kabel milik beberapa syarikat telekomunikasi di daerah ini tumpas selepas penahanan lima lelaki tempatan Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Ashmon Bajah berkata, suspek berusia antara 21 hingga 68 tahun itu ditahan di lokasi berasingan dalam satu operasi di daerah ini.

"Siasatan mendapati suspek terlibat dalam 20 kes kecurian bateri dan kabel milik syarikat-syarikat telekomunikasi dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) melibatkan kerugian sebanyak RM100,000," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, tiga suspek akan menjalani sekatan di sebuah daerah di Pahang selama dua tahun manakala dua lagi di daerah di negeri ini selama setahun bermula semalam.

Beliau berkata, kes tersebut disiasat Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA).

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!