COD sampai tingkat 12, rupa-rupanya...

Norehan bersama makcik berkenaan
Norehan bersama makcik berkenaan
A
A
A

SHAH ALAM - Perkongsian seorang penghantar makanan mengenai seorang anggota barisan hadapan yang memesan makanan untuk ibunya yang tinggal di flat di Facebooknya mendapat perhatian netizen.

Norehan Rahmat yang memuat naik gambar dan menceritakan dia diminta menghantar otak-otak di tingkat 12 flat tersebut tetapi terus memaklumkan pelanggan dikenakan caj RM3.

Tulis Norehan, "Aku bagitahu, untuk penghantaran ke flat hanya di bawah sahaja. Kalau sampai tingkat 12 ada caj RM3. Nadanya amat marah bila dia kata 'aku salah pilih runner sebab berkira sangat dengan orang tua'.

Bagaimanapun, Norehan mengambil keputusan untuk menghantar makanan itu dan berharap pelanggannya tidak menipu.

Setelah tiba di tingkat 12, Norehan terkejut apabila melihat seorang warga emas yang menggunakan tongkat kaki tiga dan kerusi roda di dalam rumah berkenaan.

“Nasib baik makcik tu boleh jalan lagi. Alhamdulillah, dia masih kuat lagi. Saya cuba siasat tanya semua.

"Dia bekas pekerja Hospital Kuala Lumpur dan semua anaknya di luar negara. Yang pesan makanan tu tinggal di Batu Pahat,” tambahnya lagi.

Menurut Norehan, anak kepada warga emas itu menghubunginya beberapa hari kemudian mengucapkan terima kasih kerana menghantarkan makanan untuk ibunya yang uzur.

Artikel Berkaitan:

“Rupanya anak dia seorang petugas barisan hadapan. Patutlah dia agak tertekan apabila saya cakap 'runner' tidak boleh hantar sampai atas'. Mungkin tertekan dengan masalah kerja dan pada masa sama bimbang keadaan ibunya.

Tulis Norehan lagi, “Hari ni Mak Cik Raja dapat makan nasi beriani. Esok nak tepung pelita lagi. InsyaALLAH selagi saya sihat saya bantu Mak Cik Raja,” ujarnya.

Hantaran kisah berkenaan menerusi Facebook berkenaan mendapat pujian netizen.

“Alhamdulillah, semoga ALLAH beri rezeki lebih buat anda,” komen Chinta Nabil Ahmad.

“Semoga awak dimurahkan rezeki,” komen pula Novi Ita.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!