Guna nama, gambar Speaker DUN NS untuk pinjam wang

Zulkefly menunjukkan pesanan palsu yang diterima mengunakan namanya untuk meminjam duit.
Zulkefly menunjukkan pesanan palsu yang diterima mengunakan namanya untuk meminjam duit.
A
A
A

SEREMBAN - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, Datuk Zulkefly Mohammad Omar kesal apabila pihak tidak bertanggungjawab menggunakan nama dan profil gambarnya di aplikasi WhatsApp untuk meminjam wang.

Menurut Zulkefly, beliau telah dimaklumkan oleh beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang telah menerima mesej WhatApps daripada nombor tidak dikenali dan mengaku bahawa dirinya selain ingin meminjam wang.

"Pagi Rabu kelmarin, ADUN Paroi (Datuk Mohd Taufek Abd Ghani) menghubungi saya bertanya adakah saya yang menghantar pesanan untuk meminjam duit sebanyak RM9,300 kepadanya.

"Saya terkejut kerana saya tidak menghantar apa-apa pesanan WhatsApp kepadanya, apatah lagi untuk meminjam duit.

"Bukan beliau seorang sahaja, sebaliknya ADUN Seri Menanti dan ADUN Johol juga menerima pesanan yang sama untuk meminjam duit.

Pesanan yang diterima oleh ADUN yang mengunakan nama beliau.
Pesanan yang diterima oleh ADUN yang mengunakan nama beliau.

"Saya yakin individu tersebut telah hantar kepada semua wakil rakyat negeri ini serta beberapa pemimpin parti dengan niat untuk menjatuhkan maruah saya," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di kediamannya dekat Taman Warisan Puteri di sini hari ini.

Artikel Berkaitan:

Zulkefly bagaimanapun lega apabila rakan-rakannya tidak mudah terpengaruh dan sentiasa merujuknya jika terdapat perkara yang tidak pasti.

"Saya berharap mana-mana pihak tidak terpedaya dengan pesanan WhatsApp yang disebarkan mengatakan Datuk Speaker DUN Negeri Sembilan mahu meminjam duit kerana itu adalah palsu.

"Saya kecewa dengan apa yang berlaku dan berharap pihak berkuasa dapat melakukan siasatan segera sekali gus menahan individu yang tidak bertanggungjawab itu," katanya.

Sehubungan dengan itu, satu laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!