'Rider' hantar makanan naik Harley Davidson

Lelaki yang tular menaiki Harley Davidson untuk menghantar barang.
Lelaki yang tular menaiki Harley Davidson untuk menghantar barang.
A
A
A

SHAH ALAM - Tular di Twitter baru-baru ini video memaparkan seorang lelaki melakukan penghantaran makanan menaiki motor berkuasa tinggi, Harley Davidson.

Video menerusi ciapan Nael di laman Twitter rata-ratanya menarik perhatian netizen yang kagum dengan kenderaan digunakan lelaki berkenaan.

“Kawan-kawan lihat, ayah kawan saya menghantar makanan menaiki Harley Davidson,” kata Nael.

Ciapan Nael pada Twitternya
Ciapan Nael pada Twitternya

Video berkenaan memaparkan lelaki yang memakai baju baju seragam penghantar makanan keluar dari garaj rumahnya menuju ke rumah pelanggan untuk menghantar makanan.

Dalam bebenang ciapan berkenaan, Nael turut meninggalkan satu video memaparkan beberapa buah motor milik lelaki berkenaan di garajnya.

Netizen rata-ratanya teruja dengan lelaki berkenaan dan meninggalkan komen pada ciapan tersebut.

“Beritahu kawan awak ayah dia paling hot dan merendah diri setakat ni,” komen Intanned.

Artikel Berkaitan:

“Bawak 'road king', dari jauh pelanggan dah tahu makanan nak sampai,” komen pula Izulaikha.

Video berkenaan mendapat 203,900 tontonan, 8,200 ciapan semula dan 14,600 tanda suka.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!