Turki kuat kuasa perintah berkurung di 31 wilayah

Anggota polis memeriksa sebuah bas yang melalui bandar Ankara di Turki ketika pasukan keselamatan mengadakan sekatan jalan raya.
Anggota polis memeriksa sebuah bas yang melalui bandar Ankara di Turki ketika pasukan keselamatan mengadakan sekatan jalan raya.
A
A
A

ISTANBUL- Turki mengenakan perintah berkurung tiga hari di 31 wilayah mulai tengah malam Khamis dalam usaha membendung penularan wabak koronavirus (Covid-19) yang setakat ini meragut 3,174 nyawa, lapor agensi berita Anadolu.

Wilayah itu termasuk Ankara, Adana, Antalya, Aydin, Balikesir, Bursa, Denizli, Diyarbakir, Erzurum, Eskisehir, Gaziantep, Hatay, Istanbul, Izmir, Kahramanmaras, Kayseri, Kocaeli, Konya, Malatya, Manisa, Mardin, Mersin, Mugla, Ordu, Sakarya, Samsun, Sanliurfa, Tekirdag, Trabzon, Van dan Zonguldak.

Perintah berkurung pertama diisytiharkan pada 11-12 April, diikuti sekali lagi pada minggu lalu. Sehingga Khamis, Turki mencatatkan 3,174 kematian manakala hampir 49,000 pesakit pulih.

Keseluruhan, Turki mencatatkan 120,204 kes positif Covid-19.-Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!