Tikam lima orang, lelaki maut ditembak polis

Polis sedang memantau lokasi kejadian lima orang ditikam manakala suspek ditembak mati di sebuah pusat beli-belah di South Hedland Square. - Foto Sumber Internet
Polis sedang memantau lokasi kejadian lima orang ditikam manakala suspek ditembak mati di sebuah pusat beli-belah di South Hedland Square. - Foto Sumber Internet
A
A
A

SYDNEY- Seorang lelaki maut ditembak anggota polis selepas bertindak menikam lima orang dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di Australia Barat pada Jumaat, lapor agensi berita Xinhua.

Polis dimaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira 10 pagi waktu tempatan.

Kejadian berlaku di pusat beli-belah terletak di South Hedland Square. Polis terpaksa bertindak melepaskan tembakan selepas usaha memujuk lelaki itu gagal.

Media tempatan melaporkan lima orang dikejarkan ke hospital, dua mengalami kecederaan serius.-Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!