Covid-19: Kes positif di Indonesia meningkat kepada 10,551

Indonesia mencatatkan 10,551 kes jangkitan Covid-19 dengan jumlah kematian kini mencecah angka 800. - Foto Reuters
Indonesia mencatatkan 10,551 kes jangkitan Covid-19 dengan jumlah kematian kini mencecah angka 800. - Foto Reuters
A
A
A

JAKARTA - Kes positif koronavirus (Covid-19) di Indonesia meningkat kepada 10,551 dengan jumlah kematian kini mencecah angka 800.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto berkata, sebanyak lapan lagi kes kematian berlaku dalam tempoh 24 jam.

"Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini juga, (terdapat) sebanyak 433 lagi tambahan kes positif baharu," katanya.

Achmad Yurianto berkata, sejumlah 22,123 pesakit masih berada dalam pengawasan bagi jangkitan virus itu.-Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!