Saya bukan pakar tapi...

Faizal Tahir (Paparan Twitter Faizal Tahir)
Faizal Tahir (Paparan Twitter Faizal Tahir)
A
A
A

PENYANYI Ragaman, Faizal Tahir meluahkan kebimbangan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 4 Mei kerana belum ada penawar atau vaksin bagi wabak koronavirus (Covid-19).

Menerusi Twitter miliknya, Faizal atau nama sebenarnya Ahmad Faizal Mohammad Tahir turut menyatakan kurang pasti sama ada keputusan PKPB adalah tepat untuk dilaksanakan.

"Saya sentiasa optimis tetapi anda boleh memanggil saya pesimis.

"Tetapi saya sebenarnya tidak pasti mengenai perkara ini. Tidak yakin sedikit pun," katanya.

Faizal juga mencadangkan pengumuman PKPB mungkin boleh dibuat jika negara mencatatkan sifar kematian dalam seminggu atau kes menurun kepada 60 peratus.

"Apa yang sedang diperangi ketika ini adalah musuh yang tidak dapat dilihat atau dirasa kehadirannya.

"Sesuatu ancaman disifatkan sebagai halimunan yang boleh membawa maut," katanya.

Dalam pada itu beliau mengakui bukan pakar dalam bidang tersebut namun pada pandangannya keputusan itu perlu dipertimbangkan dari segi logik akal.

Artikel Berkaitan:

Hari ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin mengumumkan kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 4 Mei bagi membolehkan sebahagian sektor ekonomi dan sosial dibuka semula.

Beliau berkata, dalam masa yang sama Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) terus dilaksanakan di kawasan zon merah.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!