Wanita terkejut dapat keledek gergasi

Paparan Twitter Naomi tular di laman sosial.
Paparan Twitter Naomi tular di laman sosial.
A
A
A

LONDON - Sejak dunia dilanda wabak koronavirus (Covid-19) dan perintah berkurung dilaksanakan di beberapa buah negara, situasi panik boleh dilihat apabila ada yang membuat pembelian panik barang keperluan dapur di pasar raya.

Setelah beberapa bulan menghadapi situasi itu, ramai individu tidak lagi ghairah menyerbu pasar raya sebaliknya cenderung menggunakan perkhidmatan dalam talian termasuk servis 'personal shopper'.

Bagaimanapun, seorang wanita terkejut apabila menerima sebiji keledek mutan selepas memesan sayur-sayuran.

Naomi berkongsi gambar keledek berkenaan di Twitter miliknya dengan ciapan, " Saya memesan 1kg keledek dari pemborong.

"Tetapi, mereka mengirimkan sebiji keledek mutan - lihatlah, 'PotatoZilla'," katanya.

Statusnya tular di media sosial itu sehingga mencecah 5,199 perkongsian dan 41.3 ribu tanda suka.

Susulan itu, ramai pengguna turut berkongsi pengalaman sama apabila menerima sayur-sayuran bersaiz gergasi melalui pembelian secara dalam talian. - Agensi

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!