Suami isteri melecur rumah terbakar

Bomba menjalankan operasi pemadaman membabitkan dua rumah yang menyebabkan sepasang suami isteri melecur di Bidor awal pagi tadi. - Foto JBPM Perak.
Bomba menjalankan operasi pemadaman membabitkan dua rumah yang menyebabkan sepasang suami isteri melecur di Bidor awal pagi tadi. - Foto JBPM Perak.
A
A
A

BIDOR - Sepasang suami isteri cedera dalam kebakaran dua rumah di Taman Sri Bidor di sini awal pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, lelaki berusia 55 tahun itu melecur bahagian belakang badan, tangan dan kaki manakala, isterinya berusia 41 tahun melecur bahagian punggung serta luka tapak kaki.

Menurutnya, kedua-dua mangsa mengalami melecur empat peratus dihantar ke Hospital Tapah oleh Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Bomba.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bidor yang diketuai Muhamad Ashraf Mat Isa dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 2.44 pagi.

“Rumah pertama yang dihuni pasangan itu musnah 60 peratus manakala rumah kedua musnah 20 peratus apabila melibatkan sebuah bilik dan perkakasan rumah,” katanya.

Katanya, operasi pemadaman yang turut dibantu sepasukan anggota dari BBP Tapah.

“Anggota menggunakan aliran air dari tangki jentera bagi memadam kebakaran tersebut dengan menggunakan teknik ‘offensive’ dan ‘defensive’.

“Operasi diteruskan sehingga kebakaran dapat dipadamkan sepenuh dan tamat pada jam 3.25 pagi,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!