Parkir kupon mulai 1 Februari

Tengku Azmi (kiri) menandatangani watikah pelantikan 22 ahli MDK-PI, semalam.
Tengku Azmi (kiri) menandatangani watikah pelantikan 22 ahli MDK-PI, semalam.
A
A
A

KOTA BHARU – Majlis Daerah Ketereh- Perbandaran Islam (MDK-PI) akan menguatkuasakan penggunaan parkir kupon bermula 1 Februari ini.

Yang Dipertuanya, Datuk Tengku Azmi Tengku Jaafar berkata, ini bermakna penggunaan mesin parkir tidak akan dipraktikkan.

Sebaliknya beliau berkata, MDK-PI akan melantik ejen sah bagi perlaksanaan sistem baharu itu.

“Kita harap penduduk memberi kerjasama termasuk membayar cukai kerana hasilnya akan diberikan semula kepada rakyat melalui pelbagai kemudahan.

“Hasil berkenaan akan dipulangkan semula kepada rakyat sekali gus memberi keselesaan kepada 150,000 menerusi perancangan dan pembangunannya berdasarkan bajet semasa,” katanya, ketika berucap di Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan dan Angkat Sumpah 22 ahli MDK-PI, semalam.

Dalam majlis ini, Mohd Asri Derahman dilantik untuk mengetuai ahli MDK-PI manakala Timbalannya, Ibrahim Isa.

Tengku Azmi berharap, anggota yang dilantik dapat menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!