8 tan kayu getah dirampas

PPM W1 Langkawi rampas kayu getah, lori melalui Ops Landai.
PPM W1 Langkawi rampas kayu getah, lori melalui Ops Landai.
A
A
A

ALOR SETAR - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1 Langkawi merampas 8 tan kayu getah dalam sebuah lori melalui Ops Landai di Jalan Kampung Ulu, Kuala Kedah, di sini, semalam.

Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Marin Wilayah 1 Langkawi, Deputi Superintendan Polis Rohizan Mohd Saaid berkata, pihaknya menahan sebuah lori berwarna putih lebih kurang jam 4.30 petang hasil risikan anggota Unit Risikan Pasukan Polis Marin (URM) Martek Kuala Kedah.

Kata beliau, pihaknya menjalankan pemeriksaan selepas memperkenalkan diri sebagai polis dengan menunjukkan kad kuasa polis kepada pemandu lori terbabit.

"Melalui pemeriksaan, kira mendapati ada muatan kayu getah jenis Caboi yang tidak bertutup dan melebihi muatan yang ditetapkan di lori terbabit.

"Malah, tiada sebarang dokumentasi pemindahan muatan tersebut yang sah dalam pemeriksaan lanjut dilakukan Team Ops Landai itu.

Sehubungan itu, katanya, pihaknya menahan pemandu lori berusia 23 tahun dari Kampung Bendang, Jitra, selain merampas kayu getah dan lori.

Katanya, nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM16,200 dan barang rampasan dibawa ke Balai Polis Kuala Kedah untuk tindakan lanjut sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Perhutanan Negeri Kedah untuk siasatan lanjut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!