Perbankan Islam mesti ditampilkan berbeza

Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pemuda UMNO berharap agar institusi perbankan Islam dapat melupuskan keuntungan terakru sewaktu tempoh enam bulan moratorium yang diberikan kepada pelanggan.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perbankan Islam mesti ditampilkan berbeza daripada amalan konvensional dengan menzahirkan nilai ihsan dan rasa kebertanggungjawaban sosial yang tinggi terutama ketika dilanda musibah koronavirus (Covid-19).

"Memandangkan perbankan Islam menggunakan pelbagai kontrak syariah seperti berasaskan jual beli (murabahah) ataupun sewaan (ijarah) ataupun gabungan pelbagai kontrak (ijarah thuma al-bai, tawarruq, musharakah mutanaqisah), maka implikasi kontrak dan pengurusan prosedur mendapatkan persetujuan perlu diperhalusi dengan mengambil kira sifat, prinsip dan kesan kontrak-kontrak tersebut.

"Sebagai contoh, bagi kontrak murabahah yang bersifat tetap dan jelas dari segi harga pokok dan kadar keuntungan. Sebarang perubahan kepada kadar keuntungan atau kaedah bayaran balik bagi yang memilih moratorium memerlukan persetujuan dan kontrak (akad) baharu," katanya dalam satu kenyataan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!