Noorkhiriah sedih tak dapat balik, lawat kubur ayah

Noorkhiriah bersama ibunya. - Foto Instagram Noorkhiriah
Noorkhiriah bersama ibunya. - Foto Instagram Noorkhiriah
A
A
A

PELAKON terkenal Noorkhiriah meluahkan rasa sayu di Instagram miliknya kerana sudah lama tidak menziarahi pusara Allahyarham bapanya, Ahmad Shapie.

Pelakon drama bersiri popular Nur itu berharap orang ramai mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) supaya wabak koronavirus (Covid-19) berakhir dengan cepat.

“Serius akak sedih sebab lama sangat tidak ziarah kubur arwah ayah akak. Siapa yang lalui (keadaan) ini akan faham bagaimana rasanya. Akak nak balik kampung jumpa mak, nak pergi 'rumah' arwah ayah akak.

“Maka sesamalah kita berdoa, jangan degil dengan kelonggaran ini,” pesannya.

Dalam hantaran yang sama dia turut mengirimkan satu foto kenangan semasa berada di pusara bapanya.

Noorkhiriah juga memohon maaf kerana tidak dapat menziarahi dan membersihkan pusara arwah dalam bulan Ramadan ini.

“Nanti saya dengan mak datang bawa sabit, parang dan baldi. Mesti rumput panjang kiri dan kanan rumah pak. Maaf ya puasa tak dapat datang, raya pun sama.

“Kerajaan tak bagi balik kampung. Izin ALLAH (bila) semua ni selesai saya datang kepada ayah. Al-Fatihah,” tambahnya lagi.

Artikel Berkaitan:

Para pengikutnya turut meninggalkan komen pada hantaran berkenaan dengan menyatakan perasaan yang sama.

“Sama lah kak, dah dekat tiga bulan tidak ziarah kubur. Mesti rumput panjang. Kadang-kadang bila tengok kubur pun dah hilang rindu dekat arwah ayah. Biasanya sebulan sekali ziarah,” komen Nh.Zaki.

Hantaran berkenaan mendapat 6,888 tanda suka dan 35 komen dalam masa kurang 24 jam.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!