Lawat nenek sebelum kahwin, cucu berbaju pengantin ke hospital
MINNESOTA - Pasangan pengantin, Shauna Varner dan Travis dari Amerika Syarikat yang melangsungkan perkahwinan mereka pada 25 April lalu sempat menziarahi neneknya yang dirawat di sebuah hospital sebelum majlis itu berlangsung.
Shauna dan suaminya nekad berbuat demikian bagi meraikan hari bahagia mereka dengan neneknya dikenali Janis yang dirawat di hospital berkenaan.
Menurut India Today, Janis tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan cucunya itu kerana sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital.
Menyedari hal tersebut, Shauna dan suaminya bertindak menziarahi neneknya di hospital dengan berpakaian pengantin sebelum majlis perkahwinan bermula.
Janis turut mengenakan pakaian istimewa untuk menyambut kedatangan cucu kesayangannya itu.
Menerusi video yang tular, mereka saling melihat antara satu sama lain menerusi satu dinding kaca yang rata-ratanya membuatkan hati warganet sayu melihatnya.
Shauna memberitahu neneknya adalah orang yang pertama melihatnya di dalam busana pengantin tersebut.
Mereka menganjurkan majlis kecil berkenaan dengan memastikan tetamu mereka mematuhi peraturan kebersihan dan penjarakan sosial.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!