Pekerja kapal maut tercampak rempuh kereta

Long Hairul Nahan maut dalam kejadian yang berlaku jam 6.20 petang di Kampung Banggol, Jalan Pantai Cahaya Bulan. (Gambar Kecil: Long Hairul Nahan Long Chik)
Long Hairul Nahan maut dalam kejadian yang berlaku jam 6.20 petang di Kampung Banggol, Jalan Pantai Cahaya Bulan. (Gambar Kecil: Long Hairul Nahan Long Chik)
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang pekerja kapal maut dalam kemalangan jalan raya selepas terlanggar sebuah motosikal lalu terpelanting dan merempuh sebuah kenderaan lain di Kampung Banggol, Jalan Pantai Cahaya Bulan di sini semalam.

Dalam kejadian jam 6.20 petang itu, mangsa, Long Hairul Nahan Long Chik, 21, maut di lokasi kejadian akibat parah di kepala.

Ketua Polis aerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC datang dari arah Kedai Buloh menghala ke Wakaf Mek Zainab.

Menurutnya, sebaik tiba di tempat kejadian berhampiran Masjid Banggol, secara tiba-tiba datang sebuah motosikal yang ditunggangi seorang lelaki dari gerai menjual minuman di sebelah kiri.

“Penunggang motosikal terbabit kemudian bergerak ke tengah melintang jalan untuk menghala ke Kampung Kedai Buloh dan mangsa yang tidak sempat mengelak lalu melanggar motosikal berkenaan yang ketika itu berhenti di tengah jalan.

Keadaan kedua-kedua motosikal selepas berlaku perlanggaran yang menyebabkan mangsa, Long Hairul Nahan Long Chik cedera parah di kepala dan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Keadaan kedua-kedua motosikal selepas berlaku perlanggaran yang menyebabkan mangsa, Long Hairul Nahan Long Chik cedera parah di kepala dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa terpelanting dan merempuh bahagian depan sebuah kereta Proton Wira yang sedang bergerak dari arah Penambang menuju ke Kampung Kedai Buloh,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Abdul Rahim berkata, pelanggaran itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Artikel Berkaitan:

Polis masih mengesan seorang penunggang motosikal yang dipercayai menyebabkan perlanggaran itu kerana individu terbabit melarikan diri dengan meninggalkan motosikalnya jenis Suzuki ShortGun di lokasi kejadian.

““Mayat dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk proses bedah siasat. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!