[VIDEO] Beratur sejauh 4km demi makanan

Ribuan penduduk di Centurion, Afrika Selatan sanggup beratur sejauh 4km semata-mata untuk mendapatkan makanan.
Ribuan penduduk di Centurion, Afrika Selatan sanggup beratur sejauh 4km semata-mata untuk mendapatkan makanan.
A
A
A

CENTURION - Ribuan penduduk di Centurion, Afrika Selatan sanggup beratur sejauh 4km semata-mata untuk mendapatkan makanan susulan pelaksanaan perintah berkurung di negara itu.

Menerusi Mirror, sebanyak 8,000 pek bantuan makanan disumbangkan syarikat swasta diuruskan Komuniti Muslim Tshwane dan perniagaan Sutherland Ridge, Ikon Park dan Westhills.

Rakaman video itu tular di laman sosial ketika penduduk tempatan menyatakan kebimbangan akan berlaku kekurangan makanan malah mereka akan mengalami kelaparan jika PKP itu diteruskan.

Aktivis sosial, Yusuf Abramjee berkata kepada media tempatan, bantuan itu dapat meringankan bebanan penduduk namun hanya untuk sementara sahaja.

"Keperluan untuk makanan sangat besar. Lebih daripada 80 peratus komuniti ini adalah warga asing dan mereka tidak mendapat bantuan daripada kerajaan," katanya kepada Sowetan Live.

Asgar Akoob dari United Muslim Forum juga bersetuju jumlah bantuan perlu dipertingkatkan.

"Wabak ini masih belum reda dan masalah kelaparan semakin meningkat dari hari ke hari. Mari terus menghulurkan bantuan di mana sahaja, '' katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!