Tunai umrah, Mila sedia bantu bacakan doa...
PENYANYI Mila Jirin bakal menunaikan ibadah umrah dan berlepas ke Tanah Suci, hari ini.
Menerusi perkongsian di akaun Instagramnya, Mila, 32, turut menyatakan kesediaannya untuk membacakan doa dan meminta pengikut Instagramnya menghantar Direct Message (DM) kepadanya.
"Saya dan suami ingin memohon AMPUN dan MAAF andai kata ada terkasar bahasa atau menyinggung perasaan sesiapa...
"Doakan saya dan keluarga dipermudahkan urusan #Umrah2019...
"Insya-ALLAH andai ada yang nak mengirim DOA... Boleh DM saya... Andai ada kesempatan, saya bacakan di #MasjidilHaram," tulisnya.
Rata-rata pengikutnya turut memuji niat murni Mila dan turut mendoakan ibadah umrahnya dipermudahkan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!