Stor kilang plastik terbakar

Kebakaran melibatkan stor di sebuah kilang plastik di sini semalam.
Kebakaran melibatkan stor di sebuah kilang plastik di sini semalam.
A
A
A

KLANG - Sebuah stor kilang plastik terbakar dalam kejadian di Lot 9 Lingkaran Sultan Mohamed 1, Kawasan Perindustrian Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 10.59 malam.

"Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Raja dan BBP Andalas dikejarkan ke lokasi dan tiba kira-kira jam 11.05 malam.

"Kebakaran melibatkan stor simpanan kayu pallet di kilang berkenaan," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurutnya, kejadian itu tidak melibatkan mangsa dan stor terbakar sebanyak 30 peratus.

"Punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan: