Jual buah pinggang kerana kesempitan hidup

Larry menjual buah pinggang kerana terdesak untuk mencari wang menyara keluarga. - Foto Detik News
Larry menjual buah pinggang kerana terdesak untuk mencari wang menyara keluarga. - Foto Detik News
A
A
A

JAVA - Seorang penduduk di Klaten mengambil keputusan untuk menjual buah pinggangnya kerana mengalami kesempitan hidup.

Menerusi Detik News, Frans Larry Oktavianus yang tinggal di kampung Karangasem berjalan kaki ke Semarang semata-mata mahu menjual buah pinggangnya.

Ketua kampung Ngering, Heru Utomo berkata, Larry bersama isterinya telah ke Semarang namun tujuannya ke sana tidak dimaklumkan.

"Setelah heboh kisahnya di laman sosial dan di kampung, saya baru tahu dia ke Semarang untuk menjual buah pinggang.

"Kisah Larry sekeluarga telah mendapat perhatian kerajaan. Perkara ini telah diusulkan agar mereka menerima bantuan termasuk Program Keluarga Harapan dan Kartu Indonesia Sehat (KIS).

"KIS memang belum (dapat) sebab mereka baru berpindah di sini tidak sampai tiga bulan tetapi saya sudah beritahu kepada kerajaan," kata Heru.

Katanya, Larry berbuat demikian kerana terdesak untuk mencari wang menyara keluarga, membayar hutang dan menampung perbelanjaan pendidikan anaknya.

"Sebelum ini, Larry bekerja di Yogjakarta sebagai tukang cuci kenderaan tetapi wabak koronavirus (Covid-19), dia tak bekerja lagi manakala isteri hanya suri rumah," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!